twitter
rss


Rajah 1.7 Objek dalam bentuk tiga deminsi yang diletakkan di dalam kotak kaca.

Rajah 1.7 menunjukkan sebuah objek tiga deminsi diletakkan di dalam sebuah kotak kaca. Kita boleh melihat dengan jelas objek tersebut dari luar kotak kaca daripada mana-mana arah pandangan. Setiap pandangan diambil seolah-olah objek tersebut dilihat di atas permukaan kotak kaca tersebut. Untuk menghasilkan satu unjuran ortografik, pandnagan akan dibuat dari arah tepat ke permukaan kotak kaca tersebut. Kesemua bentuk objek yang dilihat dapat dilukiskan di atas keenam-enam satah kotak kaca.

 Rajah 1.8 Kotak kaca ketika dibuka.

Keenam-enam satah kaca ini kemudian dibuka ( Rajah 1.8) dan dibentangkan menurut susunan. Kedudukan pandangan yang dibentangkan ini adalah unjuran pandangan ortografik sudut ketiga.

Unjuran pandangan ortografik hanya memerlukan kombinasi tiga arah pandangan sahaja untuk melengkapkan bentuk objek tersebut. Arah pandangan yang lain boleh diabaikan. Kombinasi yang dipilih hendaklah dapat memaparkan bentuk objek secara jelas dengan jumlah garisan tersembunyi yang sedikit.

Daripada kombinasi kesemua unjuran pandangan sudut ketiga ini dapat diperhatikan bahawa terdapat satu arah pandangan yang sama untuk kesemua kombinasi tersebut. Arah pandang ini adalah arah pandangan hadapan objek tersebut. Oleh itu, satu arah pandangan mestilah ditetapkan terlebih dahulu sebelum arah unjuran pandangan yang lain dapat ditentukan kedudukannya. Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain.

0 comments:

Post a Comment