Kaedah melukis lukisan ortografik menggunakan garisan unjuran
1. 1. Sebelum sesuatu pandangan yang dikehendaki itu dilukis, perancangan kedudukan pandangan ortografik perlulah ditetapkan terlebih dahulu.
2. 2. Kemudian, kertas lukisan dibahagikan kepada empat bahagian mengikut ukuran yang diperolehi.
3. 3. Garisan binaan dengan jarak 10 mm kemudiannya dilukis di kedua-dua belah garisan bahagian. Garisan binaan ini adalah untuk memberikan jarak yang sesuai di antara arah pandangan yang akan dilukis.
4. 4. Garisan unjuran digunakan dalam lukisan ortografik untuk membantu memudahkan penghasilan lukisan.Garisan ini diunjurkan dari setiap bucu sesuatu pandangan kea rah pandangan yang lain.
5. 5. Garisan ini adalah garisan yang kabur dan ia hanyalah sebagai bantuan untuk melukis. Unjuran garisan ini dilukis pada jarak yang melebihi ukuran sesuatu sisi objek.
6. 6. Persilangan garisan yang diunjurkan daripada dua arah pandangan akan menghasilkan satu bucu objek. Bucu-bucu ini disambungkan mengikut bentuk objek untuk menghasilkan arah pandangan yang lain.
7. 7. Kertas lukisan yang dibahagikan kepada empat sukuan dengan meletakkan salah satu sukuan itu dilukiskan satu garisan sendeng 45 darjah.
8. 8. Garisan ini adalah rujukan pantulan untuk pandangan sisi ataupun pandangan pelan.
9. 9. Ketiga-tiga pandangan ortografik tidak dilukis secara lengkap untuk satu pandangan. Kaedah yang betul dan mudah adalah dengan melukis bentuk keseluruhan objek pada ketiga-tiga sukuan berbantukan garisan unjuran.
10 10. Perincian garisan unjuran kemudian dilakukan kepada setiap sukuan pandnagan. Setelah itu, garisan objek dilukiskan di atas garisan unjuran tersebut.
11 11.Langkah-langkah ini diulang untuk setiap perincian objek sehinggalah pandangan unjuran yang lengkap diperoleh.
12 12.Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan jarak garisan yang kurang maklumat dimensi.
Rajah 2.5 Pembahagian sukuan untuk memulakan lukisan yang mempunyai tiga arah pandangan.
Rajah 2.6 Kaedah menggunakan garisan unjuran dalam mendapatkan pandangan ortografik.
Rajah 2.7 Lukisan lengkap unjuran sudut ketiga menggunakan garisan unjuran.
|