Lukisan isometri ialah lukisan yang menunjukkan tiga dimensi, iaitu kelebaran, ketinggian, dan kedalaman. Objek yang dilukis secara isometri menggabungkan tiga pandangan, iaitu pandangan atas, pandangan hadapan, dan pandangan sisi dalam satu pandangan.
Dalam lukisan isometri, objek dilihat pada satu kedudukan di mana tiga permukaannya boleh dilihat dalam satu pandangan dengan tiga ukuran, iaitu kedalaman, kelebaran, dan ketinggian seperti dalam rajah 1.0 di bawah. Pandangan isometri terbentuk dalam paksi isometri.
Paksi isometri adalah tetap, iaitu 120º. Kedudukan paksi isometric ditentukan untuk memberikan butiran paling jelas mengenai rupa bentuk objek yang hendak dilukis. Garisan isometri dilukis bersudut 30º daripada satah ufuk.
Dalam isometri, bentuk bulatan akan kelihatan seperti elips.
Kaedah 4 pusat
Langkah 1:
Bina segi empat isometri. Pqrs dengan ukuran diameter D. Lukis garisan pembahagi dua sama bagi setiap sisi segi empat untuk menghasilkan titik t, u, v dan w.
Langkah 2:
Dari titik s, bina garisan lurus ke titik t dank e titik u. dari titik q, bina garisan lurus ke titik w dan v untuk menghasilkan titik x dan y.
Dengan berpusatkan titik s, bina lengkok berjejari st dari titik t ke u. Berpusatkan titik q, bina lengkok berjejari sama dari titik v ke w.
Berpusatkan x, bina lengkok yang menyambung titik t ke w. berpusatkan y, bina lengkok yang menyambungkan titik u ke v.
Garisan yang selari dengan mana-mana satu paksi isometri dinamakan garisan berisometri. Garisan yang tidak selari dengan mana-mana paksi isometri dinamakan garisan bukan berisometri.
Permukaan oblik
Permukaan oblik ialah permukaan yang tidak selari dengan mana-mana satah isometri.
Bulatan penuh, separuh bulatan dan suku bulatan dalam isometri kelihatan seperti elips. Untuk melukis bulatan, pembinaan elips dengan kaedah empat pusat digunakan.
Sudut dalam isometri
Sudut dalam isometri tidak dilukis mengikut magnitudnya yang sebenar. Sebagai contoh, sudut tepat pada objek dilukis 60º atau 120º dalam pandangan isometri.
Membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah kotak
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk melukis objek yang berbentuk kotak.
Bina kotak dengan kedalaman, kelebaran dan ketinggian keseluruhan.
Bina garisan dengan memindahkan ukuran kelebaran dan ketinggian tangga.
Langkah 3:
Bina garisan dengan menggunakan ukuran kedalaman tangga.
Langkah 4:
Sambungkan garisan-garisan yang berkaitan.
Membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah kerangka.
LANGKAH 1:
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk membina objek berbentuk kon atau piramid seperti contoh dalam rajah 5.0.
Langkah 3:
Pindahkan ukuran 30 mm dan 40 mm pada segi empat untuk mendapatkan kedudukan titik puncak, u a.
Langkah 4:
Pindahkan ukuran ketinggian 60 mm daripada titik u. Sambungkan titik ketinggian piramid ke titik-titik c,w, dan v.
Membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah titik koordinat.
- Kaedah ini sesuai digunakan untuk membina lukisan isometri objek yang mengandungi permukaan melengkung.
Langkah 2:
Pindahkan koordinat 123 kepada garisan isometri. Pindahkan kedalaman a(10 mm).
Langkah 3:
Sambungkan titik-titik koordinat yang telah dihasilkan dengan menggunakan lengkung Perancis.
Rajah 1.0 : Pandangan Sudut Pertama |
Rajah 1.1 : Pandangan Sudut Ketiga |
Rajah 1.3 : Satah Unjuran Utama |
SIMBOL UNJURAN ORTOGRAFIK
Rajah 1.4 : Simbol Unjuran Ortografik |
- Arah pandangan tersebut mengandungi keluasan yang tinggi jika dibandingan dengan arah pandangan yang lain.
- Arah pandangan tersebut mengandungi maklumat yang paling banyak mengenai bentuk objek.
- Pada pelan, kita akan dapat melihat ukuran kelebaran dan kedalaman sebenar bagi satu objek.
- Pandangan hadapan ialah pandangan yang berada pada permukaan hadapan benda kerja. Pandangan ini akan memberi ukuran sebenar ketinggian dan kelebaran objek.
- Pandangan sisi diperoleh dengan memandang secara tepat permukaan sisi objek. Ia akan memberikan ketinggian dan kedalaman sesuatu objek.
- Setelah merancang arah di mana pandangan hadapan diambil, kerja melukis harus dimulai dengan merancang bagaimana untuk meletakkan lukisan tersebut di atas kertas lukisan.
- Sebelum lukisan dihasilkan, pembahagian ruang lukisan untuk setiap pandangan perlu dilakukan iaitu menetapkan saiz kawasan untuk pandangan pelan, hadapan dan sisi. Susunan lukisan bagi setiap pandangan disusun supaya lukisan pandangan hadapan berada selari di sebelah bawah pandangan pelan dan pandangan hadapan pula selari mengufuk dengan pandangan sisi kanan.
- Ketiga-tiga lukisan pandangan tersebut adalah satu cara lain untuk susunan pertalian yang boleh member huraian lengkap mengenai rupa bentuk, saiz serta bahagian-bahagiannya mengikut unjuran sudut ketiga.
Video dibawah adalah cara-cara untuk melukis lukisan unjuran ketiga. Anda boleh menonton video tersebut melalui You Tube di url :- http://youtu.be/rFJwn6aZ_sI
Rajah dibawah akan menunjukkan padangan ortografik unjuran sudut ketiga yang diperoleh daripada objek 3 dimensi yang ditunjukkan.
Contoh 1 |