twitter
rss

Unjuran Ortografik adalah cara melukis sesuatu objek yang berbentuk 3 dimensi (3D) dari arah pandangan yang berbeza. Biasanya, kita perlu melukis pandangan depan, sisi dan pelan agar orang lain dapat melihat setiap sisi penting lukisan objek yang hendak dilukis. Lukisan Ortografik sangat berguna terutama sekali semasa reka bentuk dibangunkan ke peringkat di mana ianya hampir bersedia untuk dikeluarkan atau dipasarkan.

Terdapat dua cara untuk melukis lukisan dalam ortografik
*       1. Unjuran sudut pertama.
*       2. Unjuran sudut ketiga.

Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan unjuran sudut ketiga hanyalah pada kedudukan pandangan pelan, hadapan dan sisi sahaja.


Rajah 1.0 Pandangan unjuran sudut pertama.

Rajah 1.1 Pandangan unjuran sudut ketiga.


Kaedah pandangan unjuran sudut pertama


Rajah 1.2 Peringkat-peringkat sukuan objek.


Pada rajah 1.2, kita akan mempertimbangkan pada sukuan pertama berbanding sukuan yang lain. Hasil lukisan kon dapat diperoleh dengan merobohkan dua unjuran serenjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.3. Berdasarkan contoh dalam rajah ini, dapat disimpulkan bahawa imej sebelah kanan adalah pelan atau atas. Manakala, imej di sebelah kiri adalah pandangan sisi. Lukisan pandangan ini disusun dengan meletakkan imej yang dilihat selepas objek, objek terlebih dahulu kemudian imej objek tersebut. Walaupun objek dilihat dari arah kiri atau arah kanan.

 Rajah 1.3 Kaedah pandangan unjuran sudut pertama.

*      -->Melihat dari kiri           – Imej yang dilukis di sebelah kanan adalah pandangan objek yang dilukis di sebelah kiri.      
*    -->  Melihat dari kanan      – Imej yang dilukis di sebelah kiri adalah pandangan objek yang dilukis di sebelah kanan.                                                                                                                 
       --> Melihat objek dan meletakkan imej objek tersebut.
*    --> Mata > Objek > Imej


Rajah 1.6 Komponen yang dilukis dalam arah pandangan pelbagai dalam sudut unjuran pertama.

.

Kaedah pandangan unjuran sudut ketiga
Rajah 1.2 Peringkat-peringkat sukuan objek.

Pada rajah 1.2, kita akan mempertimbangkan pada sukuan ketiga berbanding sukuan yang lain. Hasil lukisan kon dapat diperoleh dengan merobohkan dua unjuran serenjang seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1.5. Berdasarkan contoh dalam rajah ini, dapat disimpulkan bahawa imej di sebelah kiri ialah pandangan pelan atau atas. Manakala, imej di sebelah kanan adalah pandangan sisi. Lukisan pandangan ini disusun dengan meletakkan imej yang dilihat sebelum objek, imej terlebih dahulu dan kemudian objek yang dilihat walaupun objek dilihat dari arah kiri atau arah kanan.

Rajah 1.5 Kaedah pandangan unjuran sudut ketiga.
*      
     -->Melihat dari kiri          – Imej yang dilukis di sebelah kiri adalah pandangan objek yang                                           dilukis di sebelah kanan.
*  -->Melihat dari kanan     – Imej yang dilukis di sebelah kanan adalah pandangan obejk yang dilukis di sebelah kiri.
*    -->Mata > Imej > Objek
 Rajah 1.6 Komponen yang dilukis dalam arah pandangan pelbagai dalam sudut unjuran ketiga.


Rajah 1.7 Objek dalam bentuk tiga deminsi yang diletakkan di dalam kotak kaca.

Rajah 1.7 menunjukkan sebuah objek tiga deminsi diletakkan di dalam sebuah kotak kaca. Kita boleh melihat dengan jelas objek tersebut dari luar kotak kaca daripada mana-mana arah pandangan. Setiap pandangan diambil seolah-olah objek tersebut dilihat di atas permukaan kotak kaca tersebut. Untuk menghasilkan satu unjuran ortografik, pandnagan akan dibuat dari arah tepat ke permukaan kotak kaca tersebut. Kesemua bentuk objek yang dilihat dapat dilukiskan di atas keenam-enam satah kotak kaca.

 Rajah 1.8 Kotak kaca ketika dibuka.

Keenam-enam satah kaca ini kemudian dibuka ( Rajah 1.8) dan dibentangkan menurut susunan. Kedudukan pandangan yang dibentangkan ini adalah unjuran pandangan ortografik sudut ketiga.

Unjuran pandangan ortografik hanya memerlukan kombinasi tiga arah pandangan sahaja untuk melengkapkan bentuk objek tersebut. Arah pandangan yang lain boleh diabaikan. Kombinasi yang dipilih hendaklah dapat memaparkan bentuk objek secara jelas dengan jumlah garisan tersembunyi yang sedikit.

Daripada kombinasi kesemua unjuran pandangan sudut ketiga ini dapat diperhatikan bahawa terdapat satu arah pandangan yang sama untuk kesemua kombinasi tersebut. Arah pandang ini adalah arah pandangan hadapan objek tersebut. Oleh itu, satu arah pandangan mestilah ditetapkan terlebih dahulu sebelum arah unjuran pandangan yang lain dapat ditentukan kedudukannya. Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain.

Garis panduan memilih pandangan objek :

  • Memilih pandangan hadapan yang paling deskriptif daripada objek.
  • Kebiasaanya, dimensi yang paling panjang dipilih sebagai lebar atau kedalaman. 
      Cara-cara untuk melukis objek untuk unjuran pertama dan ketiga ialah :
  • Lukisan mestilah terdiri daripada pandangan depan, sisi dan pelan.
  •   Pertama, melukis yang dilihat dari depan objek (dikenali sebagai pandangan depan).
  •  Kedua, melukis yang dilihat dari sisi objek ( dikenali sebagai pandangan sisi).
  •  Terakhir sekali, semua lukisan yang dilihat dari atas objek dikenali sebagai pandangan pelan.
  • Garisan-garisan yang terdapat pada lukisan pula adalah sebagai garis panduan dan membantu memastikan setiap paparan berada dalam posisi yang betul, tinggi dan saiz yang sama.

Rajah 1.9 Contoh objek yang dilukis pada unjuran sudut pertama.

Rajah 2.0 Contoh objek yang dilukis pada unjuran sudut ketiga.


 Rajah 2.1 Kaedah pandangan unjuran ortografik.



Rajah 2.2 Sudut unjuran pertama.

   
Rajah 2.3 Sudut unjuran ketiga




Kaedah melukis lukisan ortografik menggunakan garisan unjuran

1.      1. Sebelum sesuatu pandangan yang dikehendaki itu dilukis, perancangan kedudukan pandangan ortografik perlulah ditetapkan terlebih dahulu.
2.     2.  Kemudian, kertas lukisan dibahagikan kepada empat bahagian mengikut ukuran yang diperolehi.
3.     3. Garisan binaan dengan jarak 10 mm kemudiannya dilukis di kedua-dua belah garisan bahagian. Garisan binaan    ini adalah untuk memberikan jarak yang sesuai di antara arah pandangan yang akan dilukis.
4.      4. Garisan unjuran digunakan dalam lukisan ortografik untuk membantu memudahkan penghasilan lukisan.Garisan ini diunjurkan dari setiap bucu sesuatu pandangan kea rah pandangan yang lain.
5.      5. Garisan ini adalah garisan yang kabur dan ia hanyalah sebagai bantuan untuk melukis. Unjuran garisan ini dilukis pada jarak yang melebihi ukuran sesuatu sisi objek.
6.     6.  Persilangan garisan yang diunjurkan daripada dua arah pandangan akan menghasilkan satu bucu objek. Bucu-bucu ini disambungkan mengikut bentuk objek untuk menghasilkan arah pandangan yang lain.
7.      7. Kertas lukisan yang dibahagikan kepada empat sukuan dengan meletakkan salah satu sukuan itu dilukiskan satu garisan sendeng 45 darjah.
8.      8. Garisan ini adalah rujukan pantulan untuk pandangan sisi ataupun pandangan pelan.
9.      9. Ketiga-tiga pandangan ortografik tidak dilukis secara lengkap untuk satu pandangan. Kaedah yang betul dan mudah adalah dengan melukis bentuk keseluruhan objek pada ketiga-tiga sukuan berbantukan garisan unjuran.
10  10. Perincian garisan unjuran kemudian dilakukan kepada setiap sukuan pandnagan. Setelah itu, garisan objek dilukiskan di atas garisan unjuran tersebut.
11  11.Langkah-langkah ini diulang untuk setiap perincian objek sehinggalah pandangan unjuran yang lengkap diperoleh.
12  12.Kaedah ini juga digunakan untuk mendapatkan jarak garisan yang kurang maklumat dimensi.

Rajah 2.5 Pembahagian sukuan untuk memulakan lukisan yang mempunyai tiga arah pandangan.

Rajah 2.6 Kaedah menggunakan garisan unjuran dalam mendapatkan pandangan ortografik.

Rajah 2.7 Lukisan lengkap unjuran sudut ketiga menggunakan garisan unjuran.
             
        Video lukisan asas geometrik-->http://www.youtube.com/watch?v=kr_Ny8wIFvY&feature=related

 Permukaan tersembunyi pada objek : 
  • Kebanyakan objek mempunyai ciri-ciri dalaman seperti lubang, slot dan alur.
  • Ciri-ciri ini tidak dapat dilihat pada objek sebenar, tetapi boleh diwakili sebagai garisan tersembunyi iaitu garisan putus-putus dalam lukisan.
  •  Sebahagian daripada keseluruhan objek boleh disembunyikan dengan menunjukkan pada kertas lukisan sebagai garisan putus-putus.

Rajah 2.4 Garisan tersembunyi pada objek.