twitter
rss

Garisan berisometri dan bukan berisometri

Garisan yang selari dengan mana-mana satu paksi isometri dinamakan garisan berisometri. Garisan yang tidak selari dengan mana-mana paksi isometri dinamakan garisan bukan berisometri.


Permukaan oblik

Permukaan oblik ialah permukaan yang tidak selari dengan mana-mana satah isometri.



Lengkung dalam isometri

Bulatan penuh, separuh bulatan dan suku bulatan dalam isometri kelihatan seperti elips. Untuk melukis bulatan, pembinaan elips dengan kaedah empat pusat digunakan.

Sudut dalam isometri

Sudut dalam isometri tidak dilukis mengikut magnitudnya yang sebenar. Sebagai contoh, sudut tepat pada objek dilukis 60º atau 120º dalam pandangan isometri.


Rajah 3.0 : Ciri-ciri dalam lukisan isometri 



Membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah kotak

- Kaedah ini sesuai digunakan untuk melukis objek yang berbentuk kotak.




Langkah 1:

Bina kotak dengan kedalaman, kelebaran dan ketinggian keseluruhan.



Langkah 2:

Bina garisan dengan memindahkan ukuran kelebaran dan ketinggian tangga.



Langkah 3:

Bina garisan dengan menggunakan ukuran kedalaman tangga.



Langkah 4:

Sambungkan garisan-garisan yang berkaitan.





Membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah kerangka.

LANGKAH 1:


- Kaedah ini sesuai digunakan untuk membina objek berbentuk kon atau piramid seperti contoh dalam rajah 5.0.



LANGKAH 2:

Lukis segi empat abcd pada pandangan atas. ab=ad-70 mm. pindahkan ukuran 12mm dan 20mm pada segi empat yang dibina. Bina garisan c,w,v, dan c.



Langkah 3:

Pindahkan ukuran 30 mm dan 40 mm pada segi empat untuk mendapatkan kedudukan titik puncak, u a.



Langkah 4:

Pindahkan ukuran ketinggian 60 mm daripada titik u. Sambungkan titik ketinggian piramid ke titik-titik c,w, dan v.

Membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah titik koordinat.

- Kaedah ini sesuai digunakan untuk membina lukisan isometri objek yang mengandungi permukaan melengkung.


- Gunakan jangka lukis untuk memindahkan ukuran daripada pelan tegak hadapan kepada lukisan isometri


Langkah 1: 

Lukiskan kotak isometri mengikut saiz yang diberikan.



Langkah 2:

Pindahkan koordinat 123 kepada garisan isometri. Pindahkan kedalaman a(10 mm).




Langkah 3:

Sambungkan titik-titik koordinat yang telah dihasilkan dengan menggunakan lengkung Perancis.



Rajah di atas menunjukkan cara membina lukisan isometri dengan menggunakan kaedah titik koordinat


Ortografik ialah mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.


Pandangan ortografik mengandungi dua atau lebih arah pandangan yang dilihat dari arah yang berbeza. Kedudukan pandangan ini bersudut tepat diantara satu sama lain dan disusun dengan kaedah tertentu. Setiap satah pandangan ini memaparkan bentuk yang berbeza. Kombinasi daripada bentuk-bentuk ini akan menghasilkan maklumat satu bentuk komponen yang lengkap. Hasil pandangan yang lengkap ini menyebabkan konsep ini digunakan secara meluas dalam bidang kejuteraan.


Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk tulisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuannya adalah untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi.Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam Unjuran Sudut Pertama (First Angle Projection) dan Unjuran Sudut Ketiga (Third Angle Projection).


Rajah 1.0 : Pandangan Sudut Pertama

Rajah 1.1 : Pandangan Sudut Ketiga










Apabila suatu objek dipandang melalui suatu satah unjuran dari satu jarak atau titik infiniti, kerangka objek dapat dilakarkan. Walaupun bagaimanapun, unjuran satu permukaan sahaja tidak dapat member gambaran keseluruhan objek tersebut. Oleh itu, satah unjuran lain diperlukan. Untuk mendapatkan ketinggian, kelebaran dan kedalaman objek sebenar, pandangan atas, hadapan dan sisi diperlukan. Ketiga-tiga pandangan tersebut dipanggil satah unjuran utama. Rajah menunujukkan tiga satah unjuran utama yang dikenali sebagai satah tegak, satah ufuk dan satah profil. Sudut yang terbentuk antara satah ufuk dan satah tegak disebut sebagai sudut pertama, kedua, ketiga dan keempat. Namun, atas sebab teknikal, hanya unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga sesuai digunakan.


Rajah 1.3 : Satah Unjuran Utama


SIMBOL UNJURAN ORTOGRAFIK

Rajah 1.4 : Simbol Unjuran Ortografik




Arah pandangan adalah arah pandangan hadapan sesuatu objek. Satu arah pandangan mestilah ditetapkan terlebih dahulu sebelum arah unjuran pandangan lain dapat ditentukan kedudukannya. Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain. Antara ciri-ciri untuk menentukan pandangan hadapan sesuatu objek ialah :

  1. Arah pandangan tersebut mengandungi keluasan yang tinggi jika dibandingan dengan arah pandangan yang lain.
  2. Arah pandangan tersebut mengandungi maklumat yang paling banyak mengenai bentuk objek.