twitter
rss

Showing posts with label Unjuran Sudut Ketiga. Show all posts
Showing posts with label Unjuran Sudut Ketiga. Show all posts

Ortografik ialah mengenai kaedah bagaimana untuk memaparkan bentuk sesuatu komponen atau objek di atas kertas lukisan berdasarkan jenis unjuran arah pandangan. Unjuran arah pandangan ini akan memaparkan arah pandangan ini bergantung kepada pemilihan arah yang diunjurkan ke satah paparan untuk membentuk satu unjuran ortografik.


Pandangan ortografik mengandungi dua atau lebih arah pandangan yang dilihat dari arah yang berbeza. Kedudukan pandangan ini bersudut tepat diantara satu sama lain dan disusun dengan kaedah tertentu. Setiap satah pandangan ini memaparkan bentuk yang berbeza. Kombinasi daripada bentuk-bentuk ini akan menghasilkan maklumat satu bentuk komponen yang lengkap. Hasil pandangan yang lengkap ini menyebabkan konsep ini digunakan secara meluas dalam bidang kejuteraan.


Pandangan ortografik ditakrifkan sebagai satu kaedah untuk memaparkan bentuk tulisan sesuatu komponen mengikut arah unjuran komponen secara tepat kepada satah paparan. Tujuannya adalah untuk membentuk beberapa pandangan seperti pandangan pelan, hadapan dan sisi.Lukisan ortografik boleh ditunjukkan dalam Unjuran Sudut Pertama (First Angle Projection) dan Unjuran Sudut Ketiga (Third Angle Projection).


Rajah 1.0 : Pandangan Sudut Pertama

Rajah 1.1 : Pandangan Sudut Ketiga










Apabila suatu objek dipandang melalui suatu satah unjuran dari satu jarak atau titik infiniti, kerangka objek dapat dilakarkan. Walaupun bagaimanapun, unjuran satu permukaan sahaja tidak dapat member gambaran keseluruhan objek tersebut. Oleh itu, satah unjuran lain diperlukan. Untuk mendapatkan ketinggian, kelebaran dan kedalaman objek sebenar, pandangan atas, hadapan dan sisi diperlukan. Ketiga-tiga pandangan tersebut dipanggil satah unjuran utama. Rajah menunujukkan tiga satah unjuran utama yang dikenali sebagai satah tegak, satah ufuk dan satah profil. Sudut yang terbentuk antara satah ufuk dan satah tegak disebut sebagai sudut pertama, kedua, ketiga dan keempat. Namun, atas sebab teknikal, hanya unjuran sudut pertama dan unjuran sudut ketiga sesuai digunakan.


Rajah 1.3 : Satah Unjuran Utama


SIMBOL UNJURAN ORTOGRAFIK

Rajah 1.4 : Simbol Unjuran Ortografik




Arah pandangan adalah arah pandangan hadapan sesuatu objek. Satu arah pandangan mestilah ditetapkan terlebih dahulu sebelum arah unjuran pandangan lain dapat ditentukan kedudukannya. Arah pandangan ini adalah arah pandangan hadapan hadapan objek. Setelah ditentukan pandangan hadapan kemudian barulah ditentukan arah pandangan yang lain. Antara ciri-ciri untuk menentukan pandangan hadapan sesuatu objek ialah :

  1. Arah pandangan tersebut mengandungi keluasan yang tinggi jika dibandingan dengan arah pandangan yang lain.
  2. Arah pandangan tersebut mengandungi maklumat yang paling banyak mengenai bentuk objek.

Terdapat tiga arah pandangan dalam unjuran ortografik, iaitu :

       Pelan :-
  • Pada  pelan, kita akan dapat melihat ukuran kelebaran dan kedalaman sebenar bagi satu objek.
     Pandangan  Hadapan :-
  • Pandangan  hadapan ialah pandangan yang berada pada permukaan hadapan benda kerja. Pandangan ini akan memberi ukuran sebenar ketinggian dan kelebaran objek.
    Pandangan  Sisi :-
  • Pandangan sisi diperoleh dengan memandang secara tepat permukaan sisi objek. Ia akan memberikan ketinggian dan kedalaman sesuatu objek.

 VIDEO PANDANGAN UNJURAN SUDUT KETIGA





  • Setelah merancang arah di mana pandangan hadapan diambil, kerja melukis harus dimulai dengan merancang bagaimana untuk meletakkan lukisan tersebut di atas kertas lukisan.

  • Sebelum lukisan dihasilkan, pembahagian ruang lukisan untuk setiap pandangan perlu dilakukan iaitu menetapkan saiz kawasan untuk pandangan pelan, hadapan dan sisi. Susunan lukisan bagi setiap pandangan disusun supaya lukisan pandangan hadapan berada selari di sebelah bawah pandangan pelan dan pandangan hadapan pula selari mengufuk dengan pandangan sisi kanan. 

  • Ketiga-tiga lukisan pandangan tersebut adalah satu cara lain untuk susunan pertalian yang boleh member huraian lengkap mengenai rupa bentuk, saiz serta bahagian-bahagiannya mengikut unjuran sudut ketiga.

Video dibawah adalah cara-cara untuk melukis lukisan unjuran ketiga. Anda boleh menonton video tersebut melalui You Tube di url :-  http://youtu.be/rFJwn6aZ_sI




Rajah dibawah akan menunjukkan padangan ortografik unjuran sudut ketiga yang diperoleh daripada objek 3 dimensi yang ditunjukkan.


Contoh 1
Contoh 2

Contoh 3

Contoh 4

Contoh 5

Contoh 6

Contoh 7

Contoh 8

Contoh 9

Contoh 10

Contoh 11
Contoh 12

Rajah 1.5 : Contoh - contoh pandangan unjuran sudut ketiga.