twitter
rss







Lukisan isometri ialah lukisan yang menunjukkan tiga dimensi, iaitu kelebaran, ketinggian, dan kedalaman. Objek yang dilukis secara isometri menggabungkan tiga pandangan, iaitu pandangan atas, pandangan hadapan, dan pandangan sisi dalam satu pandangan.


Pandangan objek dalam bentuk isometri.

Dalam lukisan isometri, objek dilihat pada satu kedudukan di mana tiga permukaannya boleh dilihat dalam satu pandangan dengan tiga ukuran, iaitu kedalaman, kelebaran, dan ketinggian seperti dalam rajah 1.0 di bawah. Pandangan isometri terbentuk dalam paksi isometri.


Rajah 2.0 : Pandangan Isometri




Paksi isometri adalah tetap, iaitu 120º. Kedudukan paksi isometric ditentukan untuk memberikan butiran paling jelas mengenai rupa bentuk objek yang hendak dilukis. Garisan isometri dilukis bersudut 30º daripada satah ufuk.


Rajah 3.0: Paksi Isometri

Bulatan dalam isometri

Dalam isometri, bentuk bulatan akan kelihatan seperti elips.

Kaedah 4 pusat


Melukis bulatan dalam isometri menggunakan kaedah bulatan empat pusat.




Langkah 1:

Bina segi empat isometri. Pqrs dengan ukuran diameter D. Lukis garisan pembahagi dua sama bagi setiap sisi segi empat untuk menghasilkan titik t, u, v dan w.



Langkah 2:

Dari titik s, bina garisan lurus ke titik t dank e titik u. dari titik q, bina garisan lurus ke titik w dan v untuk menghasilkan titik x dan y.



Langkah 3:

Dengan berpusatkan titik s, bina lengkok berjejari st dari titik t ke u. Berpusatkan titik q, bina lengkok berjejari sama dari titik v ke w.



Langkah 4:

Berpusatkan x, bina lengkok yang menyambung titik t ke w. berpusatkan y, bina lengkok yang menyambungkan titik u ke v.